Tahniah! Anzalna Nasir Sah Bergelar Isteri Kepada Haniff Zaki (Gambar)

Tahniah MiG Online ucapkan kepada pelakon cantik manis Anzalna Nasir dan Haniff Zaki kerana sudah sah bergelar suami isteri semalam dengan sekali lafaz saja.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Anzalna sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Md. Nasir Ibrahim di Hotel Seri Pacific.

Apa yang menarik, pakaian pernikahan Anzalna direka khas oleh pereka terkenal Rizalman Ibrahim dengan imej haute couture.

Dekorasi majlis dibuat oleh Glam Weddings yang diadakan di Ballroom Hotel Seri Pacific manakala Anzalna disolek oleh Khir Khalid.

Gambar-gambar yang penuh elegan ini hasil tangkapan oleh Mangotouch. Jom kita saksikan gambar sekitar majlis pasangan ini ;

Pada majlis itu juga, pihak perempuan menerima 7 dulang hantaran dari pihak pengantin lelaki dan berbalas 9 dulang hantaran dari pihak pengantin perempuan.

 

Sementara itu, majlis resepsi mereka akan diadakan pada 27 Februari di Grand Ballroom, Grand Hyatt Kuala Lumpur dan seterusnya akan diadakan di Dewan Perdana Felda pada 3 April depan.

MiG Online mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat pasangan Anzalna Nasir dan suami, Haniff Zaki kerana telah menjadi pasangan suami isteri yang sah, dan kami mendoakan agar pasangan ini berkekalan hingga Jannah dan dikurniakan baby yang comel-comel,hihi…

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s