Sam & Tilla Ingin Berbulan Madu Di Maldives

Akhirnya, selesai sudah Majlis Resepsi terakhir buat pasangan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin di Interior Design City Centre (IDCC), Shah Alam pada Sabtu lepas. MiG Online ucapkan berbanyak terima kasih diatas semua jemputan.

Apabila ditanya berkenaan lokasi pilihan untuk berbulan madu, Sam berkata beliau akan cuba untuk memenuhi keperluan isterinya untuk bercuti di Kepulauan Maldives.

“Selepas ini, saya akan cuba memenuhi dan melayani setiap permintaan Tilla. Saya juga akan luangkan masa dengan berjalan-jalan di lokasi menarik untuk berbulan madu. Ketika ini, kami masih belum memutuskan lokasi kerana sibuk menguruskan majlis persandingan.

“Insya-Allah, jika tiada aral saya akan memenuhi hasrat isteri yang teringin untuk bercuti di Kepulauan Maldives,” kata Sam yang mengakui sudah mampu menarik nafas lega apabila majlis resepsi ketiga mereka selesai.

Mengekalkan konsep Inggeris yang menjadi tema resepsi mereka, Sam dan Syatilla melangkah masuk ke dewan sekitar jam 3.05 petang diiringi pukulan dram daripada kumpulan pemuzik drumbell, KL3D.

Sam dan Syatilla turut memberikan ucapan ringkas dengan berterima kasih kepada tetamu yang hadir sebelum acara diteruskan dengan memotong pulut kuning.

Hm apapun, tahniah MiG Online ucapkan kepada Sam & Syatilla. Semoga cepat-cepat dapat baby.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s