Anugerah MeleTOP Era (AME) 2016 Top Top Meletop!

Tahniah kepada Ayda Jebat dan Johan kerana berjaya merangkul kemenangan dengan begitu banyak sekali pada malam Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB semalam.

Haa kalau nak tahu Ayda Jebat dan Johan masing-masing berjaya merangkul lima trofi termasuklah anugerah utama Top Top MeleTOP dan khabarnya mereka dapat membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 dan trofi sumbangan Astro. Wah murah betul rezeki mereka ye, tahniah MiG Online ucapkan!

Selain itu, tahniah juga MiG Online ucapkan kepada Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk AC Mizal kerana berjaya mempertahankan trofi masing-masing iaitu Bintang Online MeleTOP dan Hos MeleTOP yang pernah dimenangi mereka tahun lalu.

Bagi setiap kategori pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Selain pelbagai pencalonan individu, filem Meletop turut merupakan salah satu kategori menarik yang mana beberapa filem seperti Hantu Bungkus Ikat Tepi (MiG Pictures), Manisnya Cinta di Capadocia (Red Comm) & pemenang kategori tersebut, Polis Evo (Astro Shaw) turut menjadi perhatian.

Semalam juga berlangsungnya acara karpet merah dan antara artis naungan MiG yang hadir ialah Aizat Hassan, Intan Najuwa, Tengku Fiella dan Annam Aziz malah artis lain yang turut memeriahkan majlis juga ialah Nora Danish, Shaheizy Sam, Vicha SayWho, Tauke Jambu, Emma Maembong, Kamal Adli, Zizan Razak, Daler Yusuf, Zahirah Mcwilson, Izara Aishah, KRU dan ramai lagi.

Masing-masing memperagakan fesyen rekaan dari pereka terkenal tanah air dan bersesuaian dengan tema Futuristik Glam.

Berikut adalah senarai penuh AME 2016:

1. Top Top MeleTOP Lelaki – Johan

2. Top Top MeleTOP Wanita – Ayda Jebat

3. Anugerah Fesyen MeleTOP – Datuk AC Mizal

4. Artis Baharu MeleTOP – Mira Filzah

5. Bintang Online MeleTOP – Datuk Siti Nurhaliza

6. Anugerah Couple MeleTOP – Johan & Ozlynn

7. Program Radio MeleTOP – JoHaRa Pagi ERA

8. Grup/Duo MeleTOP – Akim & The Majestret

9. Penyanyi MeleTOP – Ayda Jebat

10. Lagu MeleTOP – Siapa Diriku (Ayda Jebat)

11. Program TV MeleTOP – Gegar Vaganza 2015

12. Drama TV MeleTOP – M.A.I.D

13. Pelakon MeleTOP – Ayda Jebat

14. Hos TV MeleTOP – Datuk AC Mizal

15. Artis Lawak MeleTOP – Johan

16. Penyampai Radio MeleTOP- Johan

17. Filem MeleTOP – Polis Evo

18. Bintang Filem MeleTOP – Zizan Razak

19. Anugerah Khas MeleTOP – Pengulas Bola Zulkarnain Hassan

Sebelum tu jom kita saksikan gambar-gambar menarik sekitar berlangsungnya majlis ;

11107-line_zpsbubjtpal

11041-line_zpsgwdm6mng

11111-line_zps7qevxyi8

11004-line_zpsvsrbpsj7

11005-line_zpsttiqhyqi

11010-line_zpsgenwtcfb

11045-line_zpsimlolhxo

11012-line_zpsh0u3lumd

11109-line_zpsufhuimh8

11028-line_zps8riwn6rz

11114-line_zpshhmk8vou

11113-line_zpsg2wj76xg

11112-line_zpsra9nqemd

11110-line_zpsighryibl

11087-line_zpscffuv2tw

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s