Munafik Raih RM2.3 Juta Dalam Masa 4 Hari

Filem seram arahan Syamsul Yusof iaitu Munafik telah berjaya mencatat kutipan sebanyak RM2.3 juta dalam masa 4 hari tayangan. Tahniah MiG Online ucapkan kepada Syamsul Yusof dan Skop Production.

Malah dalam masa yang sama juga filem ini turut mendapat reaksi positif bukan saja dari penonton malah dari pengkritik filem juga.

“Tidak dinafikan, promosi dari mulut ke mulut antara faktor filem ini menjadi tarikan kepada penggemar karya genre seram. Boleh dikatakan, hampir semua penonton memberikan maklum balas positif terhadap garapan terbaharu Syamsul ini”

“Saya juga tidak menjangka, filem ini berjaya di Brunei dan Singapura. Peminat di sana menyukai elemen Islamik yang diterapkan dalam naskhah berkenaan. Lebih-lebih lagi Munafik terpelihara dari segi aurat yang tidak menyajikan adegan bersentuhan antara lelaki dan wanita,” itu diantara kenyataan Syamsul kepada BH Online.

Filem ini ditayangkan di 112 pawagam di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura dan dibarisi pelakon hebat seperti Nabila Huda, Syamsul Yusof, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim dan ramai lagi.

MiG Online pun dah tengok filem tu masa tayangan perdana baru-baru ni dan memang seramlah garapan Syamsul kali ni. MiG Online juga sempat interview pelakon dan pengarah filem ni. Jom saksikan ;

Sumber : BH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s