The Kid From The Big Apple Filem Malaysia Yang Merangkul Pelbagai Anugerah Antarabangsa

Semalam telah berlangsungnya satu majlis Tayangan Perdana dan Sidang Media filem tempatan “The Kid From The Big Apple” di Double Tree By Hilton dan GSC Pavillion.

Ianya sebuah filem berbahasa Cina yang telah berjaya merangkul pelbagai anugerah antarabangsa. Bagi MiG Online sendiri yang dah tengok filem tu ianya sangat awesome dan sarat dengan mesej kekeluargaan dan nilai kemasyarakatan yang mana kadang kala terkesan dengan peredaran teknologi dan kelainan budaya.

Kalau nak tahu filem ini adalah filem sulung arahan Jess Teong telah berjaya merangkul 4 anugerah di Festival Filem Antarabangsa Macau ke 7 menerusi Penulisan Skrip Terbaik, Pelakon Baharu Terbaik (Tan Qin Lin), Pelakon Lelaki Terbaik (Tommy Tam), dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Jessica Hester Hsuan).

Selain itu, filem ni juga telah mendapat pengiktirafan sebagai finalis rasmi bagi New York Screenplay Contest 2014 dan Hollywood Screenplay Contest 2014. Bukan itu saja malah ia bakal ditayangkan di Festival Filem Asia Osaka ke 11 pada bulan ini diikuti tayangan di pawagam Singapura (10 Mac), Taiwan (11 Mac) dan Hong Kong (21 April).

“Saya tidak pernah menyangka The Kid From The Big Apple akan menerima pengiktirafan sebesar ini. Tambahan pula, ia merupakan filem pertama di bawah arahan saya. Ketika menulis untuk filem ini, matlamat saya hanyalah untuk berkongsi sebuah cerita yang jujur dan sangat bermakna untuk para penonton,” ujar Jess Teong  yang merupakan penerbit untuk filem Paper Moon (2013) yang memenangi Filem Bukan Melayu Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 26.

Wahh..hebatkan pengarah filem ni? Baru pertama kali mengarah filem sudah mendapat pelbagai anugerah, malah dapat pula ditayangkan di pawagam hampir di seluruh negara. Hm tahniah MiG Online ucapkan.

Tapi kisah filem mengenai apa ye? Ha berdasarkan apa yang MiG Online tonton ia mengisahkan tentang seorang kanak-kanak, Sarah yang dibesarkan di New York melawat Malaysia buat pertama kali untuk tinggal bersama datuknya. So dari situ pelbagai pertempuran budaya dan tradisi yang tercetus daripada perselisihan faham antara dua generasi yang mencuit hati berlaku.

Filem ni mengetengahkan lakonan pertama pelakon cilik tempatan Tan Qin Lin dan Tan Jason dan penampilan khas pelakon popular Hong Kong, Tommy Tam dan Jessica Hester Hsuan. 

So, kepada masyarakat di luar sana MiG Online galakkan korang pergi tengok filem ni yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia pada 10 Mac ni dan sediakan tisu banyak-banyak tau! hihi..

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s