“Saya tak tolak jika Amar Jodoh saya,” -Amyra Rosli

Pelakon kecil molek, Amyra Rosli yang sering digosipkan dengan aktor kacak, Amar Baharin khabarnya tidak menolak jika Amar itu adalah jodohnya namun buat masa sekarang beliau ingin fokus pada kerjaya dulu malah mengakui belum hadir rasa cinta di dalam dirinya.

“Secara jujur, Amar bukan satu-satunya lelaki yang akrab dalam hidup saya kerana saya juga rapat dengan beberapa lelaki lain. Cuma mungkin mereka bukan artis, keakraban kami kurang diberi perhatian”

“Tidak dinafikan, saya muak apabila kisah cinta dengan Amar bagaikan tidak bernoktah. Lebih lucu ada peminat mendoakan kami berumahtangga. Doa yang baik, saya terima cuma persoalan mengenai jodoh, itu ketentuan takdir. Siapa saya untuk menidakkan ketentuan Allah?

“Disebabkan itu, saya tidak berani memberikan kenyataan Amar bukan jodoh saya. Bagaimana nanti andai kami diitakdirkan bertemu jodoh. Keakraban kami bukan seperti menjalin cinta, sebaliknya bagaikan sebuah keluarga. Keluarga Amar juga sudah menjadi keluarga saya,” katanya kepada akhbar sisipan mingguan Berita Harian, B*Pop.

Walau apapun status kedua-dua selebriti ni, MiG Online mendoakan yang terbaik dan semoga bertemu jodoh yang berkekalan buat keduanya.

Sumber :Beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s