Tahniah! Nadiya Nisaa Hamil Anak Kedua & Alami Alahan Teruk

Gembira dan syukur, itulah ungkapan pelakon popular Nadiya Nisaa apabila beliau telah disahkan hamil anak kedua yang kini sudah berusia 3 bulan. Alhamdulillah, murah rezeki Nadiya.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya beberapa hari lepas dan ucapan tahniah dari rakan artis dan peminat memenuhi ruang komen media sosial beliau.

Nadiya memberitahu kepada Harian Metro, beliau mengetahui dirinya hamil selepas beliau dan suami Saiful Azman pulang bercuti dari Jepun pada penghujung tahun lalu.

“Usia kandungan saya baru melepasi tiga bulan. Apabila anak sulung, Omar berusia lima tahun, kami memang mahu tambah zuriat. Ketika Omar berusia dua tahun lagi, sudah ramai bertanya. Mungkin ketika itu belum ada rezeki. Apatah lagi saya sibuk dengan penggambaran filem”

Malah, Nadiya juga khabarnya mengalami alahan yang agak teruk kali ni dan ketika menjalani penggambaran drama Aku Bukan Bimbo di Korea badannya juga berasa agak lesu so sekarang beliau banyak menghabiskan masa dengan rehat di rumah saja.

“Ketika hamil anak sulung saya tidak mengalami alahan, tetapi kali ini agak teruk. Mungkin saya terlalu kuat bekerja. Memandangkan usia kandungan masih baru, saya kena berhati-hati dan banyak berehat di rumah”

“Ketika berlakon dalam drama ABB, baru dapat tahu saya hamil. Mulanya saya tidak mahu berkongsi lagi berita gembira itu tetapi memikirkan soal keselamatan saya maklumkan juga kepada produksi”

“Sewaktu menjalani penggambaran di Korea pada Januari lalu, risau juga. Selepas mendapat nasihat doktor baru saya berani dan yakin. Bukan apa, ini pengalaman pertama saya berlakon ketika hamil,” ujar Nadiya kepada Harian Metro.

Apapun, MiG Online nasihatkan supaya Nadiya banyakkan rehat dan jaga kesihatan juga ye. Semoga proses bersalin nanti berjalan dengan lancar dan dikurniakan baby yang sihat dan comel.

Sumber : Beautifulnara

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s