Elly Mazlein Bersalin, Bercerai?

Tahniah MiG Online ucapkan kepada pelakon serta penyanyi Elly Mazlein kerana selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.5 kilogram pada jam 6.30 petang kelmarin.

Elly dikhabarkan bersalin secara normal di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan untuk pengetahuan anda juga, beliau bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan iaitu sekitar penghujung bulan ini sebenarnya. Tapi tak apalah yang penting baby selamat dan sihat ye.

“Alhamdulillah, saya selamat bersalin secara normal. Anak juga dalam keadaan sihat. Suami menemani saya pergi membuat pemeriksaan. Dalam masa sama doktor memberitahu rahim sudah terbuka 2 sentimeter. Disebabkan itu saya terus dimasukkan ke wad”

Berita gembira itu dikongsikan oleh Elly menerusi akaun Instagram miliknya dan katanya beliau akan kongsikan wajah anaknya selepas berusia 7 hari. So tunggu jela ye,hihi..

Hm namun siapa sangka disebalik kegembiraan itu, hari ni pula Elly mengesahkan yang beliau sudahpun bercerai bersama suami Azmi Hatta dengan talak satu sekitar tahun lalu. Hm terkejut jugalah MiG Online dengar berita ni.

“Cukup untuk saya beritahu, saya dan Azmi bukan lagi suami isteri. Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut berkenaan perkara itu”

“Sudah tiba masanya saya memaklumkan perkara ini memandangkan saya sudah selamat bersalin. Jadi, tidak perlu lagi timbul sebarang spekulasi berkenaan hubungan kami selama ini”

Menerusi portal Harian Metro, Elly memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak memberitahu perkara berkenaan lebih awal.

“Saya perlu kuat berdepan semua ini. Saya tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuk saya meneruskan hidup”

“Saya tetap tidak akan bercerita punca perceraian kerana masih menghormatinya sebagai bekas suami. Apatah lagi, dia pernah menjadi insan tersayang dalam hidup saya. Kalau saya menjaga aibnya, saya percaya Allah SWT juga menjaga aib saya. Jadi, saya tidak mahu timbul sebarang masalah selepas ini,” ujar Elly.

Elly Mazlein dan suami mendirikan rumah tangga pada 9 November 2014 dan dikurniakan cahaya mata perempuan yang baru saja dilahirkan beberapa hari lalu.

elly_zps8mrwfwnx

Ermm, terkejut dan sedih jugaklah MiG Online bila dapat tahu berita ni. Yelah, anak baru saja dilahirkan tapi ibu bapa pula dah berpisah. Hm apapun MiG Online harap Elly tabah ye.

Sumber : Harian Metro

2 thoughts on “Elly Mazlein Bersalin, Bercerai?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s