Majlis Hari Lahir Khawlah Al Azwar Berlangsung Penuh Meriah

Sebelum kita fokus pada tajuk MiG Online nak ucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran kepada puteri comel Diana Amir iaitu Khawlah Al Azwar yang genap memasuki usia setahun pada 8 Mac baru-baru ini.

Apapun terima kasih kepada Diana dan suami kerana menjemput kami team MiG Online di majlis ulang tahun kelahiran Khawlah yang diadakan di Space, Shah Alam, semalam.

Hm dengar-dengar Diana sudah pun mempunyai perancangan untuk masa depan anaknya Khawlah. Apa ye perancangan tu?

2_zpsuxycndxb

Ha sebenarnya Diana Amir mengharapkan puteri sulungnya itu menjadi seorang manusia yang mampu membawa kebaikan untuk semua.

“Saya mengharapkan agar Khawlah menjadi seorang ustazah yang profesional apabila dia sudah dewasa nanti. Pada masa sama juga, kata-kata itu adalah satu doa dan saya harap dengan kata-kata dan hashtag yang diwujudkan iaitu Ustazah Dr Khawlah akan termakbul satu hari nanti, InsyaAllah,” ujar Diana.

Selain itu, Diana kini juga masih belum mahu mengaktifkan diri dalam dunia lakonan dan hanya mahu menghabiskan masa dengan memberi tumpuan sepenuhnya pada Khawlah. Ha baguslah, lagipun Khawlah pun masih kecil lagikan.

“Saya akan berlakon jika bersesuaian dengan waktunya. Ini kerana saya sedang memberikan sepenuh tumpuan kepada anak saya. Buat masa ini saya lebih suka dengan kerjaya mengacara dan melibatkan diri dalam program-program keagamaan. Biasanya saya akan terlibat dengan program ceramah motivasi di universiti,” katanya.

Apapun, MiG Online mendoakan yang terbaik buat baby Khawlah dan semoga besar nanti dapat menjadi anak yang solehah serta berjaya dunia akhirat, aminnn.. Sebelum tu jom kita layan gambar sekitar majlis baby Khawlah ;

8_zps6d9tkkth

23_zpskgiermni

15_zpsrswibkoa

16_zpsgfjtllyp

22_zps3javmw9l

1_zps4cxzsndt

11_zpsi5jlzwku

13_zps8bl3lms0

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s