Azwan Kombos Bakal Menamatkan Zaman Bujang?

Alhamdulillah.. tak lama lagi Artis bawah naungan MiG iaitu Azwan Kombos bakal naik pelamin bersama kekasih hatinya iaitu Ezzaty Abdullah pada Disember nanti. Tahniah MiG Online ucapkan kepada Azwan.

Dengar-dengar Azwan Kombos dah hantar rombongan merisik kekasihnya itu semalam di rumah Ezzaty di Bentong, Pahang. Azwan menerusi Mstar berkata majlis berkenaan diadakan secara sederhana saja dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua belah pihak.

“Semalam (Isnin) saya bersama keluarga dari Sabah bertandang ke rumah Ezzaty untuk merisik dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

“Bagaimanapun kami hanya akan mengikat tali pertunangan sebelum upacara akad nikah nanti,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Namun, Azwan dan kekasihnya enggan terus bertunang disebabkan oleh pengalaman yang pernah dilalui Ezzaty menerusi hubungannya yang lepas.

“Ikutkan memang hendak bertunang tetapi menghormati permintaan Ezzaty yang tidak mahu bertunang lama-lama,” katanya.

“Saya memberikan sebentuk cincin sebagai tanda merisik dan beberapa manisan. Majlis berjalan mengikut adat seperti ada berbalas pantun antara keluarga masing-masing.”Keluarga kami juga bersetuju untuk menetapkan tarikh perkahwinan Insya-Allah sekitar bulan Disember nanti,” ujar Azwan.

Azwan juga khabarnya berdebar dan tak sabar untuk menantikan saat dinikahkan nanti,hihi.
“Saya gembira semua berjalan dengan baik dan sudah tentulah berdebar kerana ia melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak. Saya harap perancangan kami untuk membina keluarga berjalan dengan lancar seperti diharapkan,” kata pelakon utama Jalan Puncak Alam ini.
Apapun tahniah MiG Online ucapkan kepada Azwan dan pasangan, semoga segala persiapan berjalan dengan lancar hendaknya.
Sumber : mstar

2 thoughts on “Azwan Kombos Bakal Menamatkan Zaman Bujang?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s