“Dah Letih Balik Kerja, Bala Pulak Sampai,” -Remy Ishak

Malang tak berbau,hmm.. Kesian kepada pelakon Remy Ishak yang baru saja kehilangan keretanya semalam. Dah la penat baru balik kerja tengok-tengok kereta pula dicuri.

Berita itu disampaikan sendiri oleh Remy melalui akaun Instagram miliknya dan beliau memohon orang ramai jika ada terlihat Mitsubishi Triton berwarna hitam dengan plat no WSB 7332.

Menurut Remy melalui BH Online, kereta berkenaan adalah aset pertama yang dibelinya hasil titik peluh setelah 6 tahun beliau bekerja malah kereta itu juga banyak berjasa kepadanya selama ini. Hm kesian kat Remy.

“Kereta ini menyimpan banyak kenangan dalam hidup saya. Biarpun sedih, saya reda dengan apa yang berlaku dan anggap ujian ini ada hikmah disebaliknya,” ujarnya kepada BH Online hari ini.

Sebelum kehilangan kereta itu, Remy Ishak khabarnya singgah di kedai untuk membeli barang keperluan setelah pulang dari sesi latihan pementasan Teater Cinduomato yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur bersama artis lain.

“Sebaik sahaja kembali dari kedai saya mendapati kereta sudah lesap. Saya segera menghubungi seorang rakan dan kami membuat laporan di Balai Polis Serdang setengah jam selepas kehilangan kereta itu,” ujarnya.

Remy Ishak juga memohon kepada orang ramai jika ternampak atau menjumpai kereta itu segeralah menghubungi beliau atau pihak polis. Hm MiG Online harap Remy tabahlah ye, mungkin ada hikmah disebalik semua ini.

Sumber : BH Online

2 thoughts on ““Dah Letih Balik Kerja, Bala Pulak Sampai,” -Remy Ishak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s