“Saya Punca Elly & Azmi Bercerai Itu Mengarut Sama Sekali,” -Faye Kusairi

Pasti masih ramai yang tertanya-tanya dan terkejutkan apa punca disebalik perceraian Elly Mazlein dan suaminya, Azmi Hatta? Hm mana taknya, baru saja Elly melahirkan anak pertamanya tiba-tiba Elly mengumumkan yang beliau dan suami sudah bercerai.Haih terkejut MiG Online dapat tahu berita tu.

Banyak spekulasi yang timbul berkenaan kisah perceraian mereka ni malah menerusi BH Online, tiba-tiba nama pelakon Faye Kusairi pula timbul sebagai orang ketiga yang menjadi punca Elly dan Azmi berpisah.

Malah, ada yang kata Faye dan Azmi menjalinkan hubungan dan percintaan mereka itu dapat dihidu oleh Elly disebabkan kecewa Elly memilih untuk bercerai.

MiG Online mendapat tahu bahawa Faye menafikan gosip itu dan khabarnya sangat terkilan apabila namanya terpalit sebagai orang ketiga dalam kemelut hubungan dua selebriti tersebut sedangkan dirinya pun tidak begitu rapat dengan Azmi dan Elly.

“Apabila membaca gosip berkenaan, saya faham masyarakat ingin tahu punca perpisahan Azmi dan Elly. Tetapi, adalah tidak adil apabila saya dipalit sama sebagai orang ketiga.

“Ini fitnah dan saya berasa terluka dengan tuduhan tidak masuk akal itu. Begitupun, tidak perlulah saya melatah atau memberi komen panjang-lebar. Yang penting perceraian Azmi dan Elly berlaku bukan kerana saya. Jika hendak diketahui puncanya, kenalah tanya mereka,” katanya yang dihubungi BH Online.

Hm, bagi pendapat MiG Online sendiri, tak perlulah kita nak cari punca Elly dan Azmi berpisah. Anggap jela yang mereka tiada jodoh. Apapun doakan yang terbaik buat Elly dan anaknya k.

Sumber : BH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s