Sheila Rusly Larang Artisnya Bercinta Di Lokasi Penggambaran

Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan penerbit terkenal Sheila Rusly kan. Pasti ramai yang tahu beliau seorang yang agak tegas terhadap setiap artis yang terbabit dengan produksinya, JS Pictures.

MiG Online dapat tahu Sheila sebenarnya tak suka apabila ada diantara artisnya menjalinkan hubungan cinta di lokasi penggambaran. Ianya kerana dikhuatiri akan menganggu emosi mereka dan sesebuah produksi.

“Saya tidak suka kalau pelakon-pelakon yang terbabit dengan drama produksi saya menjalinkan hubungan cinta lokasi.

“Pada saya ia akan menganggu perasaan mereka dan orang lain, saya tidak mahu ada perasaan cemburu dan perlu menjaga hati antara satu sama lain sehingga menganggu proses penggambaran,” katanya.

Sabtu lepas telah berlangsungnya Drama Festival Kuala Lumpur 2016 dan drama terbitan JS Pictures iaitu Kau Aku Kita membolot enam kategori utama dalam anugerah berkenaan. Tahniah MiG Online ucapkan kepada Sheila Rusly dan krew produksi.

Ha, selain tu Sheila juga akui setiap pembikinan drama mempunyai cabarannya tersendiri dan untuk drama Kau Aku Kita cabaran utama adalah untuk memenuhi permintaan Saharul Ridzwan yang tak mahu bersentuhan dengan wanita.

“Setiap drama ada cabaran tersendiri, bagi Kau Aku Kita salah satu cabaran ialah memenuhi tuntutan Saharul sebagai seorang muslim yang tidak mahu bersentuhan.

“Kami menghormati perkara itu dan ketika itu dia baru pulang dari menunaikan umrah. Jadi, kami mengambil pendekatan berlainan.  Kami terpaksa cari orang lain atau stand in untuk menggantikan pelakon wanita dan dia juga terpaksa mendukung jurusolek lelaki bagi menggantikan Janna,” ujarnya.

Sheila juga tak kisah dengan percakapan orang berkenaan dirinya yang garang kerana baginya ilmu yang beliau curahkan kepada pelakon baru itu adalah satu ajaran hingga mereka mampu memenangi anugerah.

Pendirian tegas dan garang Sheila Rusly adalah untuk melihat artis lain berjaya. Tidak dapat dinafikan, dengan cara ini ia mampu membuatkan artis itu lebih kuat untuk menghadapi dugaan lain yang lebih besar didalam industri hiburan.

Ha, baguslah macam tu. MiG Online pun sokong sangat dengan pendirian Sheila Rusly itu. Biarlah orang nak kata apapun yang pasti beliau nak artis tu kuat dalam industri yang penuh cabaran ni.

Sumber : Beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s