26 Hari Tayangan Munafik Berjaya Meraih RM17 Juta

Tahniah MiG Online ucapkan kepada pengarah tersohor Malaysia, Syamsul Yusof diatas kejayaan filem arahannya yang berkonsepkan dakwah dan elemen seram iaitu Munafik yang berjaya meraih RM17 juta dalam masa 26 hari tayangan di pawagam.

Berita ini telah dikongsikan oleh pengarah muda itu yang juga merupakan anak kepada Datuk Yusuf Haslam menerusi laman sosial akaun Facebooknya.

“Dengan izin Allah, filem kerdilku Munafik telah PECAH REKOD perfileman Malaysia, Singapura dan Brunei. Alhamdulillah masih hangat di pawagam sekarang, ada lagi dua minggu di pawagam.

“Munafik – 17 juta (26 hari tayangan), Polis Evo – 17 Juta (60 hari tayangan) dan Ola Bola – 16 juta (39 hari tayangan).

“Akhirnya termakbul doa, jauh di sudut hati ingin sekali aku melihat filem Islamik Dakwah yang dilihat sebagai antara filem berjaya di Malaysia. Jangan sesekali kita was-was dengan kuasa Tuhan. Allah Maha Mendengar dan juga rintihan semua hamba. Menangislah wahai mata untuk Tuhanmu!

“Yakinlah dengan doa hamba pada Tuhan di mana sahaja terutamanya di bumi penuh barakah dilimpahi rahmat ini. Mekah di hadapan kaabah juga raudah Madinah. Semoga kejayaan ini membuatkan hati kita semua semakin kuat iman mahupun takwa dan jagalah hubungan dengan Tuhan. Semoga Allah reda dengan kejayaan ini. Takbir,” tulis Syamsul di status Facebooknya.

Alhamdulillah, tahniah sekali lagi diucapkan kepada Syamsul dan seluruh krew Skop Productions. Kini, Syamsul sedang mengerjakan ibadah umrah bersama isteri tercinta. MiG Online doakan semoga Syamsul dan isteri mendapat umrah yang mabrur.

Sumber : Facebook Syamsul Yusof

One thought on “26 Hari Tayangan Munafik Berjaya Meraih RM17 Juta

  1. Congratulation!! Bt Syamsul n krew atas kejayaan yg d raih semoga akan terus berjaya di masa2 yg akan dtg yakin la bahawa rezeki itu semuanya dtg dr Allah s.w.t dan kita hanya perlu berusaha kuat…😊😊😊

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s