Kehilangan Kereta, Remy Ishak Belum Mendapat Berita Positif

Pelakon Remy Ishak yang dikatakan kehilangan keretanya baru-baru ini, masih belum mendapat perkhabaran positif walaupun sudah seminggu kejadian itu berlaku.

Remy katanya sudahpun menerima beberapa maklumat daripada orang ramai yang disalurkan kepada pembantu peribadinya dan ianya sudah pun dimaklumkan kepada polis.

“Setakat ini masih belum ada apa-apa perkembangan lagi dan saya berterima kasih kepada orang ramai yang cuba membantu saya dalam mencari kereta tersebut,” ujarnya kepada mStar Online pada Selasa.

Remy juga terasa ralat kerana barang-barang berharga miliknya seperti pakaian, kasut berjenama dan alat elektronik yang ditinggalkan dalam kereta itu juga lesap.

Kereta Mitsubishi Triton Remy Ishak masih belum ditemui (Gambar Hiasan).

Hm bersimpati MiG Online bila mendapat tahu berita malang yang menimpa Remy ni. Harap Remy bersabar ye, InshaAllah mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

Sekali lagi MiG Online nak pesan, kepada sesiapa yang ternampak atau terjumpa kereta jenis Mitsubishi Triton warna hitam bernombor pendaftaran WSB 7332 milik Remy ni bolehlah laporkan di balai polis berdekatan.

Sumber : mStar

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s