Siti Nordiana dikatakan semakin demand?

Terkejut MiG Online bila dapat tahu ramai yang tidak puas hati dengan juara Gegar Vaganza Musim ke 2 iaitu Siti Nordiana (Nana) yang dituduh semakin diva dan “demand” berkenaan dengan bayaran persembahan.

Nana khabarnya agak terkejut dengan kenyataan sedemikian namun disebabkan beliau pun sudah lama dalam industri, beliau sekadar menganggap bahawa Allah SWT hendak menguji dirinya.

“Jujurnya Nana agak terkejut dan kesal apabila ada pihak yang cuba menimbulkan isu sebegini di saat kerjaya seni Nana sedang diterima masyarakat. Apa-apa pun, Nana tidak mahu melatah kerana Nana tahu tidak semua orang akan sukakan kita.

“Nana bukan setahun dua dalam industri seni ini. Sudah 16 tahun. Justeru Nana sangat faham kenapa isu demand ini cuba dihangatkan oleh sesetengan pihak yang mungkin ada rasa tidak puas hati dengan Nana sebelum ini.

“Apa yang boleh Nana katakan, inilah bahagian Nana yang Allah janjikan dan apa yang perlu buat, hanya bersyukur dengannya,” ujar Nana.

MiG Online nasihatkan Nana bersabar jela ye. Bila dah meningkat naik ni biasa la pasti akan ada ramai yang iri hati. Anggap jela semua tu dugaan dan mungkin akan ada hikmah atau rezeki yang lebih besar menanti Nana satu hari nanti.

Sumber : Beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s