Fakta Tentang P. Ramlee

Mengimbau kembali sejarah seniman negara, Tan Sri P. Ramlee semasa hayatnya masih ada. Hm ada kisah yang mengatakan bahawa Allahyarham miskin ketika di akhir kehidupannya dan meninggal dunia dalam serba kedaifan pada 29 Mei 1973. . Mari kita rungkaikan kisah beliau ;

Sejak Tan Sri P. Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur, beliau dikatakan telah dipulau oleh industri dan filemnya tak mendapat sambutan dek kerana zaman kegemilangannya yang sudah mati.

Menurut sumber dari Utusan, mereka telah bertemu dengan seniman negara, Datuk Dr. Ahmad Nawab untuk mendapatkan kesahihan fakta berkenaan P. Ramlee memandangkan beliau adalah antara teman rapat P. Ramlee.

“Banyak cerita tentang P. Ramlee adalah tidak benar sama sekali. Saya kecewa kerana ia telah menjadi rujukan banyak orang pada hari ini. Saya mahu apa yang tidak betul itu ditulis semula oleh wartawan seperti kamu,” kata Ahmad Nawab kepada penulis, sebelum menyatakan kesediaannya untuk berkongsi cerita dari sudut pandangan peribadinya.

Ha kalau nak tahu sejak P. Ramlee berpindah ke Jalan Ampas, Singapura pada 1964, Ahmad Nawab la orang pertama yang dicari untuk membantu perkembangan kerjayanya di Kuala Lumpur. Ha disitu pun kita dah dapat tahu mereka ni memang sahabat.

“Sejak dia berhijrah ke Kuala Lumpur, sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya, kami berkawan rapat. Sepanjang perkenalan itu, banyak hal yang berlaku antara kami. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan cerita mengatakan P. Ramlee berada dalam keadaan susah pada saat-saat kematiannya. Kenyataan bahawa seniman itu miskin dan melarat di akhir hayatnya memang sesuatu yang tidak logik sama sekali,” katanya, berterus terang.

So, dibawah ni MiG Online nak kumpulkan serba sikit fakta mengenai P. Ramlee yang sering disalah tafsirkan oleh netizen kini:

  1. P. Ramlee satu-satunya seniman yang dibayar gaji secara bulanan oleh Shaw Brothers sepanjang perkhidmatannya.
  2. Bayaran gaji yang diterima oleh P. Ramlee sebanyak RM25,000 setiap bulan dan bukannya pembayaran mengikut filem seperti penggiat seni yang lain.
  3. P. Ramlee berhenti dari Merdeka Studio dan mengambil keputusan untuk membuat filem dan studio sendiri.
  4. Hasrat P. Ramlee untuk menubuhkan Rumpun Melayu Filem ketika itu gagal dan akhirnya kembali ke Merdeka Studio untuk menghasilkan filem  Air Mata Di Kuala Lumpur tetapi beliau terlebih dahulu dipanggil Ilahi.
  5. Sewa rumah yang diduduki P.Ramlee di Jalan Dedap, Taman P Ramlee, Kuala Lumpur itu pun sebenarnya dibayar oleh Shaw Brothers melalui syarikat miliknya juga iaitu Merdeka Studio.
  6. P. Ramlee banyak membantu orang yang memerlukan kerana telah ramai yang datang ke rumah seniman untuk meminta bantuan kewangan terutamanya yang mahu pulang ke Pulau Pinang yang juga tanah kelahirannya, pasti akan dibantu.
  7. Sewaktu P.Ramlee menghembuskan nafas terakhir, Saloma memegang sebuah fail yang ada polisi insuran yang bernilai RM100,000. Ketika itu, wang sejumlah itu bukanlah kecil.
  8. Mengimbas ke tahun 1964, tahun P. Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur, jelas Ahmad Nawab, punca sebenar ada kaitan dengan komplot daripada artis Singapura sendiri untuk menjatuhkan seniman itu.

Kelamnya zaman kegemilangan P.Ramlee kata Ahmad Nawab, sebenarnya bukanlah kerana diboikot tetapi kerana kekangan yang dihadapi untuk berkarya.

Malah, P.Ramlee pernah termenung jauh dan terpacul satu ayat yang masih diingati Ahmad Nawab sehingga kini: “Adakah akan ada orang yang mengingati aku nanti?”

Ayat tersebut diungkap dengan loghat bahasa Pulau Pinang yang membuat Ahmad Nawab sendiri tertanya-tanya, pelik.

“Saya tidak tahu apa sebab dia cakap demikian, tetapi saya balas kepadanya, sudah pasti masyarakat akan kenang segala jasanya,” katanya.

Baginya, sesuatu yang menjadi kebiasaan bila seseorang itu masih hidup langsung tidak dihirau tetapi mula dikenang selepas hayatnya tiada.

“Sehingga setakat ini, belum ada lagi seorang yang mampu untuk menjadi seperti mana P.Ramlee dalam industri seni,” Ujar Ahmad Nawab.

Ya, betul tu! Apapun, MiG Online nasihatkan janganlah kita bersangka buruk lebih-lebih lagi Allahyarham telah pun kembali ke Rahmatullah apa yang pasti kita doakan semoga roh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sumber : Utusan Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s