(Video) Penyanyi Dangdut Maut Dipatuk Ular Ketika Membuat Persembahan

Takziah MiG Online ucapkan kepada ahli keluarga kepada penyanyi dangdut Indonesia, Irmawaty atau Irma Bule yang maut akibat dipatuk ular ketika mengadakan persembahan tarian dangdut bersama ular di Kabupaten Karawang, Jakarta Barat pada minggu lalu.

Menurut sumber, penyanyi itu sedang menyanyi lagu keduanya apabila dia secara tak sengaja terpijak ekor ular senduk yang sering dibawanya ketika membuat persembahan namun ular itu kemudian mematuk pahanya.

Seorang bomoh sudah mahu mengubati beliau tapi Irma enggan diubati dan mahu meneruskan persembahan sehingga habis.

Rakan Irma, Ferlando Octavian Auzora berkata, selesai saja persembahan Irma masih boleh berbual-bual dengan rakan dan tetap enggan menerima sebarang rawatan.

Hmm namun malang tak berbau, sejam selepas itu, Irma mula muntah-muntah dan tubuhnya menjadi kejang dan dia dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia dua jam kemudian.

Apapun sekali lagi, takziah MiG Online ucapkan dan semoga roh Irma tenang disana hendaknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s