Nora Danish Selesa Dengan OPPO

Tadi telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Telefon Pintar Terbaru OPPO di Sunway Pyramid dan turut bersama pada majlis itu tak lain tak bukan ialah Duta OPPO sendiri iaitu si cantik Nora Danish.

Memandangkan Nora Danish memang dikenali sebagai ratu selfie so no wonder la beliau masih dipilih sebagai Duta OPPO.

Ha sesuai sangatlah dengan telefon pintar terbaru OPPO ni dimana ianya mempunyai keistimewaan kamera depan 16 megapixels yang berkualiti tinggi. Wah! makin seronoklah nak selfie,hihi…

“Nora begitu sukakan jenama telefon pintar OPPO ni memandangkan reka bentuknya pun menarik dan nipis, berkualiti, mempunyai warna yang cantik so memang overall okay sangat, Nora selesa dengannya” ujar Nora Danish.

Ditanya berkenaan perkembangan terbaru Nora Danish, katanya beliau sekarang sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah filem yang berkisarkan wanita kanser dan ia adalah untuk memotivasikan wanita yang menghidap kanser.

Pada masa sama, MiG Online juga sempat bertanya pada Nora Danish adakah beliau sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Ha ini jawabnya :

“Benda yang baik tak akan nak lama-lamakan…InsyaAllah kalau jodoh tu berpanjangan, dengan izinNya, benda itu akan jadi, nak dekat nanti baru Nora akan bagitahu, Nora nak cakap pun benda pun belum plan lagi,” katanya.

Apapun MiG Online dan semua peminat Nora Danish tetap akan mendoakan kebahagiaan Nora dan semoga Nora dan pasangan cepat-cepat mendirikan rumah tangga ya! Hihi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s