Tahniah Rebecca Diatas Kehamilan Kali Keempat

Tahniah MiG Online ucapkan kepada Rebecca Nur Islam dan suami kerana bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi. Murah betul rezeki pasangan ni kan, syukur Alhamdulillah.

Rebecca yang kini mempunyai 3 anak iaitu Nor Adam Daniel, 7, Nor Anggun Raverra, 4, dan Nor Anggerik Renesmee, 3 tahun.

Kalau nak tahu kesemua mereka ni telah dilahirkan secara pembedahan, jadinya kemungkinan juga anak beliau yang bakal dilahirkan adalah yang terakhir buat pasangan ini.

Rebecca yang mempunyai 5 orang pembantu untuk menolongnya hal-hal rumah dan anak-anak mengimpikan anak kembar untuk kehamilan kali ini. Ujar Rebecca ;

“Selain tiga anak saya, dua anak tiri pun duduk sama dengan saya juga. Jadi total anak-anak semua ada lima. Tambah yang bakal lahir nanti, jadi enam orang semuanya. Saya tak kisah anak ramai. Anak ramai best, meriah rumah, nanti bila dah tua, boleh masing-masing tukar-tukar jaga kita kan? Kesemua anak saya lahir secara pembedahan, jadi jika anak yang terakhir nanti, harapan saya nak anak kembar. InsyaAllah.

“Sebelum ini saya mempunyai seorang sahaja pembantu rumah, tapi sebab nak pindah rumah baru nanti, sekarang saya ada lima orang pembantu. Walaupun saya mempunyai lima orang pembantu namun saya tak harapkan dan percayakan pembantu 100%. Anak-anak masih saya yang siapkan. Pembantu cuma membantu sikit-sikit sahaja. Yang penting sekarang cara macam mana kita bersabar, menyayangi, menjaga dan melayan anak-anak.”

Wah bagusnya suami Rebecca kan menyediakan 5 orang pembantu kepada isterinya. Bertuah tuan empunya badan,hihi… Takde lah Rebecca stress mana nak jaga anak lagi mana nak kerja lagi kan.

Apapun, MiG Online doakan semoga semuanya selamat untuk Rebecca. Semoga mendapat anak kembar yang comel-comel seperti yang diimpikan. InsyaAllah.

Sumber : Beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s