Nora Danish Hanya Mahukan Majlis Perkahwinan Sederhana

Tak sabarnya MiG Online nak tengok pelakon dan model cantik manis Nora Danish mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya, Nedim Nazri kan?Hihi…

Malah tak kurang juga yang tak sabar nak tengok majlis perkahwinan pasangan ni, mesti gahkan? Tambah pula dengan Nedim tu anak kepada seorang menteri.

Ha namun, Nora dalam kenyataan beliau kepada Utusan Online, beliau hanya mahukan majlis raja sehari kali ini berlangsung secara sederhana sahaja.

“Memang nampak seperti akan berkahwin tahun ini, tetapi saya belum ada perancangan sebenarnya. Bukan apa, kalau mahu buat majlis pun tidak akan buat secara besar-besaran.

“Jadi, majlis begini tidak akan mengambil masa untuk dirancang. Jangan risau, sudah saya aturkan dengan baik. Jika ada rezeki ke arah itu saya akan kongsikan dengan semua nanti,” ujarnya.

Setelah lapan tahun Nora bergelar ibu tunggal, tidak dinafikan bahawa beliau agak selesa hidup sendirian. Walaubagaimanapun, beliau sedar sebagai seorang wanita beliau memerlukan teman disisi.

Tambah Nora, biarlah kali ini beliau berkahwin kerana Allah SWT dan bukan demi cinta semata-mata.

“Cinta memang cinta, tetapi paling penting dalam perkahwinan adalah untuk menghalalkan sebuah hubungan. Itu yang saya cari. Nedim juga memang seorang lelaki yang baik. Saya tidak nafikan pandangan orang lain terhadap dia, namun dia sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang dicari,” tambah Nora.

MiG Online doakan segala perancangan perkahwinan Nora Danish berjalan dengan lancar. Peminat Nora tak sabar nak tengok pasangan ni naik pelamin lagipun. Cepat-cepatlah ye! Hihi…

Sumber : Beautifulnara

One thought on “Nora Danish Hanya Mahukan Majlis Perkahwinan Sederhana

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s