Janna Nick Berlagak Diva?

Amboi sejak memenangi kategori Artis Pilihan anugerah DFKL 2016 ni, dengar kata Janna Nick kini sudah berlagak Diva, betul ke? Malah tak kurang juga ada yang kata Janna Nick menghasut penerbit serta pengarah untuk tidak mengambil pelakon yang beliau tak suka untuk digandingkan bersamanya. Wah, diva betul tu!

Janna bersikap demikian adalah kerana beliau sudah menang award dan tak sesuailah untuk digandingkan dengan pelakon baru. Eh, biar betul Janna bersikap macam tu?

Melalui ruangan Bipop Berita Harian, Janna menafikan sekerasnya tuduhan itu dan beliau percaya ada pihak yang cuba untuk memburukkan namanya.

“Saya tidak pernah buat begitu. Soal pilihan pelakon adalah hak penerbit dan stesen TV untuk menentukannya.”

“Saya tidak tahu bagaimana isu ini boleh timbul. Mungkin ada pihak yang sengaja menggunakan nama saya untuk menutup perkara sebenar. Barangkali pelakon yang dicadangkan itu tidak diterima stesen TV kerana karakter tidak sesuai. Mereka menggunakan alasan dengan mengaitkan nama saya untuk menutup perkara sebenar,” ujarnya.

Ha, selain itu Janna katanya tak akan pernah lari jika ada gosip yang melanda beliau. Yelah, buat apa nak takut kalau cerita itu tak betul.

“Sekiranya ada yang bertanya, saya tidak akan lari dan cuba menjawab dengan baik untuk memperbetulkan keadaan.”

“Cerita yang tidak benar, mengapa saya harus takut? Apa yang penting saya tahu menjaga diri sepanjang berada dalam industri,” tambah Janna.

Baguslah begitukan, berani kerana benar, takut kerana salah. Hihi.. Apapun MiG Online harap Janna tabah dalam industri hiburan ni, biasalah haters tu ada je dimana-mana. Chill k!

Sumber : Beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s