Shahrol (Shiro) Guna Anak Uji Keikhlasan Isteri

Rasanya belum terlambat untuk MiG Online ucapkan tahniah kepada pelawak Shahrol (Shiro) yang baru saja mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 18 Mac lalu.

Setelah gagal bertahan untuk perkahwinan pertama Shahrol kini sah menjadi suami kepada Nor Farhanan Syamimi.

Ha kalau nak tahu Shahrol menggunakan anak lelakinya, Muhd Adam Danish untuk menguji keikhlasan hati isterinya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Antara perkara yang saya uji dia adalah anak saya menerusi perkahwinan terdahulu dan Alhamdulillah keserasian mereka cukup baik dan ia melegakan hati saya.

“Malah anak saya cukup rapat dengannya dan memanggilnya mama,” kata Shahrol.

Shahrol juga katanya begitu selesa dengan Nor Farhanan dan ia telah mengubah persepsinya selepas mengenali wanita itu hampir 2 tahun.

“Jika diikutkan kami tidak pernah isytihar kami adalah pasangan kekasih tetapi sepanjang tempoh berkenalan saya selesa dengannya selain dia dapat menerima anak saya dengan baik.

“Saya tidak melamarnya tetapi kami secara spontan bercakap soal kahwin dan mula membuat persiapan dalam waktu singkat.

“Alhamdulillah perancangan yang diatur berjalan lancar dan seperti pasangan lain saya berharap ikatan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat,” ujarnya.

Shahrol juga sedang merancang membawa isterinya ke Jepun untuk berbulan madu dan tak kisah jika dikurniakan rezeki mendapat anak dalam masa terdekat ni.

Ha, baguslah begitu. Apapun MiG Online doakan semoga perkahwinan Shahrol kali ini kekal hingga Jannah dan dikurniakan anak yang comel-comel.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s