Mael XPDC Mengaku Tak Bersalah Miliki Dadah

Mael XPDC atau nama sebenar Syed Ismail Syed Ibrahim mengaku tak bersalah atas dua tuduhan memiliki dadah jenis heroin seberat 0.46 gram dan monoacetylmorphines seberat 0.06 gram.

Menerusi BH Online, Mael membuat pengakuan itu sebaik saja kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Dua lagi rakan Mael iaitu Hafiszudin Mokhtar dan Razali Shapie,  turut membuat pengakuan tidak bersalah, manakala seorang lagi rakan mereka, Chairil Anwar Yaacob, mengaku bersalah.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap Chairil Anwar aats tuduhan pertama dan 9 bulan bagi pertuduhan kedua dengan kedua-dua hukuman dijalankan serentak.

Ketiga-tiga tertuduh diperintahkan menjelaskan wang jaminan RM8,500 setiap seorang dan 3 Mei ini ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes,.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s