Redha Diatas Keguguran Yang Berlaku – Sharifah Sakinah

Sharifah Sakinah yang baru saja mengalami keguguran baru-baru ini tak mahu terus berduka dan beliau redha dengan ketentuan takdir belum rezeki untuk beliau dan suami bergelar ibu bapa.

Khabarnya Sakinah juga tak menyesal menolak semua tawaran lakonan demi untuk menjaga kandungannya sebelum ini.

“Saya tolak semua tawaran lakonan kerana ingin berehat dan memastikan kandungan saya berada dalam keadaan baik namun saya mengalami keguguran dan bukan rezeki saya dan suami. Ia ujian kecil buat kami suami-isteri dan saya yakin kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya.

Selain itu, ramai juga di antara netizen kritik dengan sikap Sakinah menaiki kapal terbang untuk mengerjakan umrah sedangkan di peringkat awal kehamilan tidak boleh menaiki kapal terbang.

“Saya tidak tahu pada awal kandungan tidak boleh menaiki kapal terbang dan ketika itu juga saya tidak tahu diri sedang hamil tetapi apa-apa pun ia bukan rezeki saya dan suami. Insya-Allah kalau ada rezeki lagi untuk hamil dalam masa terdekat saya tidak menolak.

Malah Sakinah dan suami juga merancang untuk mendapatkan anak selepas dua tahun berkahwin dan mereka akui agak terkejut dan begitu gembira apabila disahkan hamil dalam waktu yang singkat.

“Kami sebenarnya masih dalam fasa bulan madu dan merancang ingin memiliki cahaya mata selepas dua tahun berkahwin. Alhamdulillah biarpun sekejap perasaan apabila mendapat tahu saya hamil hanya Allah yang tahu,” ujarnya.

Hm agak sedih jugak la kan bila tahu kandungan yang dikandung mengalami keguguran.

MiG Online harap Sakinah dan suami tabah okay, bak kata Sakinah mungkin ada hikmah disebaliknya lagipun Sakinah masih muda so banyak masa lagi untuk dapatkan cahaya mata.

Sumber :Beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s