“Berserah Kepada Rezeki Allah” -Puteri Sarah

Sejak mengalami keguguran pada tahun 2014, Puteri Sarah dan suaminya Syamsul Yusof tak pernah berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata mereka sendiri.

Namun, Puteri Sarah redha hal ini bergantung kepada rezeki Allah dan mereka sentiasa bersabar menantikan detik untuk bergelar ibu dan bapa. Malah Puteri Sarah juga bersyukur kerana keluarga beliau dan mentua faham dan tak memberi tekanan.

 

“Kami sentiasa berusaha ke arah itu. Siapa yang tidak mahukan anak, cuma dalam perkara ini ia bergantung kepada rezeki. Jadi, saya dan suami kena sentiasa sabar.

“Kami juga belum terdesak nak memiliki anak. Bukan apa, saya percaya aturan Allah SWT itu lebih baik. Kalau bukan sekarang mungkin tahun depan. Apa-apa pun jangan berhenti daripada terus berdoa.

MiG Online pun suka tengok pasangan ni walaupun dah 2 tahun mendirikan rumah tangga namun mereka tetap nampak sweet. Hihi. tengok sajalah di Instagram Puteri Sarah gambar mereka yang dimuat naik tu ha, sweet je.

“Saya selalu cakap kepada suami, selepas berkahwin tidak mahu menjadi pasangan yang bosan. Macam mana yang dilalukan ketika bercinta dulu, sama juga selepas kahwin. Sebagai contoh, apabila kami ada kerja di luar dan tidak bersama, kami saling menghantar mesej. Seboleh-bolehnya kami tidak mahu memadam terus momen bercinta itu. Ibaratnya, setiap hari adalah bercinta.

“Kalau boleh setiap tahun mahu bercuti sama ada di dalam atau luar negara. Bagi saya, perkara itu dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

“Selain itu, setiap tarikh penting ‘dalam hidup kami perlu diraikan’. Syamsul pun tidak kisah, malah dia boleh layan dan terima. Sehinggakan dia selalu cakap, dalam diri saya ini penuh dengan kasih sayang dan sikap ambil berat. Sebab itu, dia sebagai suami cuba untuk memenuhi setiap permintaan saya,”ujar Puteri Sarah.

Apapun, MiG Online doakan agar Puteri Sarah dan Syamsul Yusof kekal bahagia hingga Jannah dan dikurniakan rezeki cahaya mata satu hari nanti. InshAllah.

Sumber : beautifulnara

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s