“Jangan Campuradukkan Kerja Dengan Hal Peribadi” -Uqasha Senrose

Sering berbalas kenyataan di media sosial, pelakon yang menjadi pasangan dalam drama Tundukkan Playboy Itu Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi cukup menarik perhatian umum malah ada yang kata mereka ni macam sengaja mencari publisiti murahan. Hm…

Namun, Uqasha ada menjelaskan yang beliau juga tidak tahu bagaimana mereka boleh bergaduh sehingga tahap yang agak serius ni sedangkan semasa di set penggambaran mereka tak mempunyai sebarang masalah.

Malah, Uqasha juga menasihatkan Hafidz agar tak mencampuradukkan kerja beliau dengan hal peribadi.

Selain itu, Hafidz juga perlulah menasihati tunangnya supaya tak terlalu cemburu dan memahami kerjaya Hafidz sebagai seorang pelakon.

“Hubungan kami baik-baik sahaja. Cuma itulah, saya pun tidak pasti bagaimana isu ini boleh timbul.

“Saya mengharapkan dia profesional dalam kerjayanya. Jangan mencampuradukkan hal peribadi dan kerja. Sebagai seorang lelaki, dia perlu menasihati tunangnya agar memahami kerjayanya sebagai pelakon. Itu yang utama.

“Hafidz merupakan seorang pelakon lelaki yang sedang meningkat naik dan selepas ini, lebih ramai pelakon wanita yang akan digandingkan dengannya, takkan semua pun tunang dia hendak cemburu. Susah nanti,” ujar Uqasha.

Uqasha juga katanya tak mahu memanjangkan perkara ini dan tak kisah jika ditawarkan lagi berlakon bersama Hafidz pada masa depan.

Sumber : Beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s