“Kenapa Saya Jadi Mangsa?” -Janna Nick

Sejak memenangi anugerah Aktres Pilihan di DFKL2016, aktres Janna Nick sering terpalit dengan pelbagai gosip hangat dunia hiburan.

Sebelum ini beliau didakwa berlagak diva dan meghasut penerbit namun kini Janna dikatakan besar kepala dan tak kotakan janji yang sudah dibuat untuk menghadiri sebuah program di Astro.

Bagi Janna beliau rasa begitu teraniaya dan kecewa dengan tuduhan itu dan merasakan dirinya teraniaya.

“Saya diminta menggantikan seorang tetamu yang tidak dapat hadir ke sebuah program pada saat akhir, namun menolak secara baik kerana jadual kerja yang padat. Pembantu pengarah tidak membenarkan saya menjayakan rancangan itu kerana terbabit dengan 35 babak untuk drama.

“Namun, mereka berkeras ingin menampilkan saya dalam program mereka dan datang ke lokasi untuk merakamkan rancangan berkenaan. Sejujurnya saya terkilan apabila timbul gosip sebegini kerana saya memberi pertolongan kepada pihak terbabit.

Janna nampaknya agak kecewa dan tertanya-tanya kenapa beliau yang mesti jadi mangsa keadaan sedangkan beliau hanya mengikut jadual kerja seperti yang ditetapkan oleh pihak produksi.

“Biarlah saya tidak memenangi apa-apa anugerah lagi selepas ini asalkan dapat mencari rezeki dengan tenang. Saya hanya menginginkan ketenangan dalam mencari rezeki buat keluarga dan tidak mahu dikaitkan dengan cerita negatif lagi. Gosip baharu yang timbul ini sememangnya mencalarkan imej saya sebagai pelakon,” jelas Janna.

Apapun kepada Janna, MiG Online harap Janna sabar dengan kerenah dunia hiburan ni. Jadikan semua itu sebagai pengalaman dan sebagai kekuatan untuk menjadi seorang pelakon yang lebih hebat di masa akan datang.

Sumber : beautifulnara

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s