“Tua Sangat Ke Saya Ni,Orang Asyik Tanya Bila Nak Kahwin” -Izara Aishah

Ramai yang tahu aktres cantik Izara Aishah memang sedang hangat bercinta dengan anak tiri kepada Dato Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid. Lagipun memang ramai yang suka tengok pasangan ni, nampak sepadan bersamakan? Hihi..

Tak kurang juga ramai di antara peminat mereka ni  yang tak sabar nak tengok pasangan sweet ni mendirikan rumah tangga.

Hm namun apabila ditanya mengenai hubungan dengan Adib, Izara menjelaskan beliau sebenarnya sudah bosan menjawab soalan berkaitan percintaan dan beliau belum merancang untuk ke fasa perkahwinan.

“Sebenarnya saya okey sahaja untuk jawab fasal cinta. Tapi saya rasa macam bosan sebab asyik jawab benda yang sama sahaja.

“Untuk pengetahuan semua, kisahnya masih sama dan tidak ada apa-apa perubahan dari dulu sampai sekarang. Sampai satu masa nanti, bila kisahnya berbeza Izara sendiri yang akan beritahu kepada umum. Masanya akan tiba. Tunggulah dulu.

Selain itu, Izara juga mempersoalkan adakah beliau sudah terlalu tua sampaikan ada yang tak putus bertanya bila agaknya beliau akan berkahwin.

“Saya ini dah tua sangat ke hingga orang asyik tanya bila nak kahwin? Saya baru 24 tahun. Orang asyik tanya sahaja tentang kahwin sejak dari umur 17 tahun.

“Apa yang saya minta, kalau boleh janganlah tanya soalan berkaitan cinta pada Izara lagi,” jelasnya.

Haih sabar jelah Izara, mungkin sebab ramai yang tak sabar nak tengok Izara dan Adib bersanding kot,hihi… Lagipun memandangkan Izara dan Adib pun memang bercinta, apa salahnya teruskan ke fasa yang lebih serius.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s