“Belum Masanya Untuk Saya Bercinta” -Ummi Nazeera

Pelakon cantik manis, Ummi Nazeera akui bahawa dirinya belum bersedia untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana individu malah beliau lebih selesa memberi tumpuan utama terhadap kerjayanya dahulu.

Beliau mengulas lanjut apabila ditanyakan mengenai gosip diantara beliau dan Zizan Razak.

“Setakat berkawan-kawan dan berkenalan itu adalah dan ia perkara biasa tetapi untuk bercinta memang tidak buat masa ini,” jawabnya ringkas kepada portal Media Hiburan apabila ditanyakan soalan mengenai kisah cinta beliau.

Kalau sebelum ini Ummi pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, pengacara dan pelawak tanah air iaitu Zizan Razak. Namun, kedua-dua pihak menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan hubungan mereka hanyalah sebagai kawan rapat dan tak menimbulkan perasaan istimewa pun.

Walau bagaimanapun, Ummi akui yang beliau selesa berkawan dengan Zizan kerana sikapnya yang mudah mesra. Zizan juga banyak memberi nasihat kepadanya agar tak mudah melatah dan lebih berhati-hati jika timbul lagi gosip sebegini.

Apapun, MiG Online doakan kebahagiaan kalian berdua. Kalau betul pun bercinta, apa salahnya kan, hihi…

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s