“Bersaing Secara Sihatlah, Tak Perlu Berdengki” -Ruhainies

Siapa yang tak tahu pertelingkahan hangat yang sedang berlaku di antara kedua pelakon baru ini iaitu Ruhainies dan Janna Nick yang dikatakan semakin rumit,hm…

Semua ini berpunca akibat salah faham yang timbul serta rasa tak puas hati antara kedua-dua belah pihak.

Baru-baru ini, Ruhainies menerusi portal Utusan Online berkata kenapa Janna masih lagi memuat naik video dengan menampilkan pengarah Michael Ang sedangkan beliau sebelum ini sudah memohon maaf banyak kali.

“Apabila dia memuat naik video tersebut dengan kata-kata yang sangat kebudak-budakan, saya rasa semua sudah tahu kebenaran berpihak kepada siapa.

“Kenapa dia perlu panas punggung bila saya dedahkan fakta bahawa ada pelakon dengki kepada saya? Kenapa dia buat video dengan menarik sekali pengarah popular, Michael Ang untuk mempertahankan dia?,” ujarnya.

Malah, apabila ditanya adakah hal ini akan memberi kesan negatif kepada karier Ruhainies, beliau barkata ia terpulang kepada peminat hendak mentafsirkan segala yang berlaku ni macam mana.

“Itu terpulang kepada peminat. Sebab itu saya kata, kita perlu percaya kepada rezeki. Dalam industri ini kita perlu bersaing secara sihat, tidak perlu ada hasad dengki. Pusing-pusing jumpa juga, kan?,” tambahnya.

Ha kalau nak tahu Ruhainies juga menerima banyak terima tawaran lain selepas namanya digugurkan dari membintangi filem Kimchi Untuk Awak. Alhamdulillah murah rezeki Ruhainies kan.

Apapun, MiG Online harap lepas ni takde dah la berita-berita sebegini keluar di dada akhbar. Kalau ada rasa masih tak puas hati tu, lebih baik anda berdua bersemuka dan selesaikan masalah ini secara matang lagipun masing-masing pun dah besarkan.

Sumber : beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s