Shaheizy Sam Nafi Kurus Sebab Sakit

MiG Online pasti mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aktor kacak Shaheizy Sam kelihatan begitu kurus sejak dua menjak ni? Berat badannya kelihatan menurun secara drastik hingga menampakkan Sam cengkung. Ada di antara peminat Sam bertanya adakah beliau sakit?

Namun, disebabkan tak mahu terus berspekulasi dan risau, Sam menerusi akaun Instagram beliau telah pun memuat naik gambar serta status yang menjelaskan sebab beliau semakin kurus.

Sam memberitahu, beliau terpaksa turunkan berat badan untuk watak dalam filem yang beliau bakal menjalani penggambaran tak lama saja lagi.

“Ramai bertanyakan Sam soalan yang lebih kurang sama kebelakangan ni. Soalan2 seperti “kenapa kurus sangat?”, “Sam sakit ke?”, dan ada juga yang bagi statement seperti “jangan la kurus sangat, tak handsome”. Hehek . Jawapannya, kerana tuntutan kerja.

“Alhamdulillah, Sam sentiasa sihat dan kerjaya seorang pelakon tidak wajib untuk kelihatan handsome, macho atau comel sepanjang masa. Watak yang dibawa selalunya mempengaruhi gaya kehidupan seseorang pelakon itu. Semoga segala persoalan terjawab. Terima kasih kerena mengambil berat. I love u all lah!!!,” ujar Sam.

MiG Online tahu Sam adalah antara aktor yang memang mahukan hasil yang terbaik di dalam setiap watak yang beliau lakonkan. Sama seperti filem-filem lepas Sam sanggup bekerja keras malah sanggup berdiet untuk mendapatkan susuk tubuh yang mantap.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s