Radin Pencuri Hati Ayda Jebat?

Semua yang ada ada pada dirimu,
Membuat aku ku aku jatuh cinta,
Come on baby say you love me,
Love me say you love me…

Ha itu antara bait lirik lagu Pencuri Hati oleh Ayda Jebat. Ayda nak suruh siapa say love tu? Hihi..

Okay, sebenarnya apa yang MiG Online nak ceritakan ni ialah mengenai gosip percintaan Ayda Jebat dan Radin ERA FM yang dikatakan sedang hangat bercinta, betul ke?

Lagipun sebelum ni Ayda pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau sedang mengenali hati budi seorang penyampai radio, adakah Radin orangnya?

Radin pula pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau tak akan menolak sekiranya ada jodoh dengan Ayda Jebat. Namun lain pula di pihak Ayda dimana beliau sekerasnya berkata mereka sekadar teman biasa sahaja. Haih mana satu yang betul ni?

“Bukan! Radin bukan kekasih saya. Perkara ini timbul dalam kalangan peminat saya sebenarnya, lebih tepat apabila Radin mengha­diri majlis sambutan hari lahir saya sebagai pengacara. Kalau ikutkan pada hari tersebut, mereka ada meminta pengacara lain tetapi semua tidak dapat datang, jadi Radin yang hadir.

“Peminat saya ini berbeza sedikit. Mereka tidak kisah saya menjalin hubungan dengan sesiapa pun, mungkin apabila melihat saya dengan lelaki, mereka terus anggap itu adalah kekasih saya. Sebenarnya tidak, itu hanya tanggapan orang.

Hurm, siapa sebenarnya si pencuri hati Ayda Jebat ni kalau bukan Radin? Hihi.. Takpelah, apapun jangan terburu-buru dalam perhubungan cinta dan kalau ada jodoh pun apa salahnya, dua-dua pun kelihatan secocok, tak gitu? Hihi..

Sumber : Beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s