“Salahkah Saya Berkawan Dengan Artis Wanita?” – Zizan Razak

Pelakon Zizan Razak sering dikaitkan dengan ramai artis wanita, jika sebelum ini dikaitkan dengan Juliana Evans, Emma Ma’embong dan Vie Shanti namun kini beliau dikatakan bercinta dengan pelakon cantik manis Ummi Nazeera. Hm betul ke ni?

Ha walau bagaimanapun, Zizan tak mudah melatah dan beliau telah menjelaskan perkara sebenar yang terjadi antara mereka.

“Saya dengan Ummi tidak ada apa-apa hubungan melainkan sebagai tunang di dalam Angin Cinta. Itu sahaja. Ketika mula-mula berlakon dengan Ummi, dia agak janggal dan sedikit kekok. Mungkin kerana tidak biasa.”

“Tapi selepas kami mencari keserasian untuk dibawa ke dalam watak, timbullah gosip-gosip seperti itu. Namun, saya dan Ummi tetap berkawan sampai hari ini.”

“Apakah pelakon lelaki tidak boleh keluar dengan pelakon wanita ke hingga boleh timbul gosip-gosip panas? Salahkah kalau saya berkawan dengan artis wanita?” seloroh Zizan kepada Mangga Online.

Selain itu, Zizan juga katanya tak kisah dengan gosip yang melanda dirinya tapi kadang-kadang tu ada gosip yang membuat imejnya tercalar. Apapun MiG Online harap Zizan bertabahlah ye, kami akan sentiasa doakan semoga Zizan dipertemukan jodoh satu hari nanti.

Sumber : Mangga Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s