Yazid Search Dimaki “Tua Sakit Nak Mampus”

Hari ini kecoh isu berkenaan pemain dram kumpulan Search, Yazid tampil membuat laporan polis kerana ditengking dan dimaki oleh isteri Amy Search, Norhasniza Hassan hanya kerana Yazid bertanya mengenai bayaran yang sepatutnya diterima ketika terlibat bersama menjayakan Konsert 35 Tahun Search baru-baru ini.


“Saya juga telah menerima panggilan telefon  daripada Norhasniza (isteri kepada Amy) memaki dan menengking kepada saya apabila saya bertanyakan  mengenai bayaran yang sepatutnya saya dapat. Antara makian yang dilemparkan kepada saya seperti – “kau tu dah tua, sakit nak mampus.”

Yazid telah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju pada petang Rabu lepas (4 Mei 2016) malah beliau juga mendakwa berlakunya pecah amanah kerana tak mendapat bayaran untuk Konsert 35 Tahun dan beberapa lagi persembahan lain.

Malah, Yazid juga turut pergi ke pejabat penganjur Konsert 35 Tahun Search, AF Jet Sdn. Bhd. untuk mendapatkan kepastian tapi agak terkejut apabila beliau mendapat tahu jumlah bayaran sebanyak RM75,000 sudah pun dibayar kepada kumpulan Search pada Disember 2015.

Hm, yang peliknya kenapa Yazid tak mendapat bayaran itu sehingga ke hari ini? Malah, pengurus AF Jet juga berkata pembayaran kepada Yazid diuruskan oleh anggota Search sendiri.

Kesian juga MiG Online atas nasib yang menimpa Yazid, dah la tengah menderita dengan pelbagai penyakit seperti sakit jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sudah pastilah beliau memerlukan sejumlah wang yang banyak untuk menampung kos rawat dan kos mencuci buah pinggang sebanyak empat kali sehari tu.

Hmm, apapun MiG Online harap nasib Yazid dibela. Biasalah kan bila dah jadi macam ni barulah kita boleh tengok siapa kawan siapa lawan.

Sumber : Astro Gempak

3 thoughts on “Yazid Search Dimaki “Tua Sakit Nak Mampus”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s