Fathia Latiff Berterima Kasih Kepada Peminat Yang Mendoakannya

Tahniah MiG Online ucapkan kepada pelakon Fathia Latiff yang baru saja memenangi Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular pada malam kemuncak ABPBH 29 semalam.

Dalam pada itu, Fathia bersyukur diatas kemenangan dan berterima kasih kepada peminat yang tak jemu menegur serta sentiasa mendoakannya untuk bertudung selama ini dan Alhamdulillah kini Fathia sudah pun bertudung.

“Apa yang kita buat ini adalah kerana Allah bukan kerana orang lain. Saya berterima kasih kepada mereka yang menegur saya untuk bertudung. Tapi daripada dulu lagi orang suruh saya pakai tudung cumanya ketika itu saya tak terbuka hati lagi kerana saya buat kerana Allah dan dia akan datang sendiri”

“Lagipun saya bukan terus pakai tudung selama ini, dia datang secara semulajadi apabila berlakon watak saya ada yang bertudung dan bila nak buka tudung rasa segan pula selepas itu. Saya ulang sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada semua peminat yang doakan saya untuk memakai tudung. Itulah doa peminat yang Allah makbulkan,” katanya.

Selain itu, Fathia juga tak berani nak menjelaskan apa-apa lagi berkenaan isu bersentuhan dengan lelaki apabila berlakon sebab katanya sebagai manusia biasa akan ada kesilapan yang akan berlaku kelak.

“Saya tak berani nak cakap soal ini. Kita sebagai manusia kadang-kadang tersalah langkah. Saya takut untuk bercakap sebab di masa depan kita tak tahu apa yang kita buat lagi. Saya cuba untuk jadi yang lebih baik, jadi saya berharap mereka mendoakan saya supaya menjadi muslimah yang baik,” ujarnya.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s