(Gambar) ABPBH 29 Milik Neelofa

Tahniah kepada pelakon dan pengacara terkenal Neelofa yang dipilih sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29) apabila mengungguli undian tertinggi pada majlis tersebut dengan memperoleh 212,829 undi. Kemenangan itu membolehkan Neelofa membawa pulang hadiah berupa sebuah Volkswagen Passat.

Ha selain merangkul gelaran Bintang Paling Popular,  Neelofa juga memenangi anugerah Pengacara TV Popular, kalau nak tahu masuk kali ni dah tahun kedua Neelofa membolot anugerah pengacara TV Popular ni, haih laa bertuah sungguh tuan empunya badan ye,hihi..

Majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang bertema #Respek diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Kaka dan Waris.

Persembahan pembukaan begitu memukau dan menaikkan mood penonton malah majlis gilang-gemilang itu turut diacarakan oleh Mira Filzah, Zizan Razak, Haiza dan AG yang telah disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Kool FM.

Manakala Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pula diberikan kepada artis otai kita tak lain tak bukan ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud bagi mengiktiraf sumbangan dan jasa beliau yang sudah lebih 30 tahun dalam bidang seni. Lamakan Kak Ogy dalam bidang seni, tahniah MiG Online ucapkan.

Namun sebelum menyampaikan anugerah kepada Kak Ogy, pelawak Ebby Yus, Acong dan Zulin Aziz telah membuat persembahan khas kepada Kak Ogy menerusi lagu ‘Wajah Rahsia Hati’ dan sketsa dari filem Azura. Memang tak kering gusilah MiG Online tengok semalam,hihi…

Selain itu, majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan menarik daripada artis seperti Datuk Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah, Liza Hanim, Ziana Zain, Siti Nordiana dan ramai lagi.

Majlis semalam memang meriah bersesuaian dengan tema #Respek dimana hampir kesemua selebriti yang hadir turut sama menghormati para penonton dengan berpakaian yang tak terlalu seksi. Memang cantik-cantiklah kesemuanya. Apapun tahniah MiG Online ucapkan kepada kesemua pemenang. Jom layan gambar-gambar selebriti di malam ABPBH semalam :

Senarai penuh pemenang ABPBH 29:

Artis Baru Wanita Popular: Mira Filzah
Artis Baharu Lelaki Popular – Sufi
Penyanyi Wanita Popular – Adira
Penyanyi Lelaki Popular – Aizat Amdan
Penyampai Radio Popular – DJ Lin
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Wings
Artis Versatil Popular – Ifa Raziah
Artis Komedi Popular – Abam
Pengacara TV Popular – Neelofa
Pelakon TV Wanita Popular – Emma Maembong
Pelakon TV Lelaki Popular – Sharnaaz Ahmad
Pelakon Filem Wanita Popular – Fathia Latiff
Pelakon Filem Lelaki Popular – Sharnaaz Ahmad

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Fauziah Dato’ Ahmad Daud

KATEGORI ONLINE

Personaliti Media Sosial Popular – Lara Alana
Artis Trending Popular – Ayda Jebat
Artis Youtube Popular – Siti Nordiana
Artis Ikon #Respek Popular – Datuk Aznil Nawawi
Artis Aksi Selfie Popular – Saharul Ridzwan

 

One thought on “(Gambar) ABPBH 29 Milik Neelofa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s