Saharul Ridzwan Mengaku Akan Berkahwin

Kalau minggu lepas, kecoh berita keluar berkenaan Saharul Ridzwan bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama saja lagi, ramai yang nak kan kepastian gadis mana yang berjaya mencuri hati si jejaka kacak ni???

Menerusi portal Kosmo! Saharul sudah pun mengaku yang beliau memang akan berkahwin dalam masa terdekat ni tapi bilakah tarikhnya beliau akan umumkan nanti.

Saharul berkata, beliau memang dah lama ingin mendirikan rumah tangga sejak pulang dari menunaikan ibadah umrah tahun lalu.

“Saya ada berdoa untuk saya dan juga dirinya (kekasih) di depan Kaabah ketika menunaikan umrah pada bulan Ramadan tahun lalu. Usai balik daripada umrah hati saya terdetik untuk berkahwin pada tahun ini.

“Bagaimanapun tempat dan tarikh perkahwinan masih dalam perancangan. Sebab kita tidak tahu perancangan Allah. Insya-Allah, saya akan beritahu bila tiba masa nanti,” ujar Saharul.

Ha kalau nak tahu, perkenalan Saharul dan gadis berkenaan sudah lama dimana sejak sebelum Saharul aktif dalam dunia hiburan lagi.

“Saya mengenalinya sebelum masuk dalam industri lakonan lagi tetapi hubungan kami terputus di tengah jalan. Kami bertemu semula selepas empat tahun berpisah.

“Ingin saya nyatakan, punca kami berpisah sebelum ini bukan sebab bergaduh tetapi masing-masing belum bersedia. Pada masa sama, saya mahu memiliki rumah dan kereta terlebih dulu sebelum menyara anak orang,” tambahnya.

Saharul kata bakal isteri beliau ni seorang ahli perniagaan. Ha kepada yang sering mengikuti perkembangan beliau mesti dapat agak siapakan? Hihi..

“Dia seorang ahli perniagaan. Orang mana dan umur nanti saya beritahu. Mungkin ada yang dapat meneka siapa orangnya. Saya juga tidak dapat menghalang mereka untuk meneka siapa gerangannya.

Hmm adakah wanita yang bertakhta di hati Saharul itu adalah Deena Amir? Sebabnya wanita berkenaan pun pernah digosipkan bercinta dengan beliau malah Deena Amir juga seorang ahli pernigaan dan pemilik wrap.boutique.house. Apapun kita nantikan jela ye.

 

One thought on “Saharul Ridzwan Mengaku Akan Berkahwin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s