Nora Danish Kahwin Selepas Aidilfitri

Wah! terkejut MiG Online bila dapat tahu yang Nora Danish bakal melangsungkan perkahwinan bersama kekasih hatinya iaitu Nedim Nazri selepas Hari Raya Aidilfitri ni. Akhirnya terjawab juga persoalan bila pasangan sama cantik sama padan ni akan berkahwin, lagipun ramai tak sabar nak tengok pasangan ni disatukan. Hihi.

“Sejak kembali solo beberapa tahun dulu, itulah yang menjadi teka-teki dalam kalangan peminat. Memang awal dulu ia membuat saya tertekan, tetapi apabila sudah bertahun-tahun ditanya soalan sama, ia jadi perkara biasa buat saya”

“Terlanjur berkongsi perancangan berumah tangga dengan Nedim sebelum ini, apapun, kami belum menetapkan bila perkahwinan itu akan diadakan. Tetapi, yang pasti ia akan berlangsung tahun ini juga,” katanya yang meletakkan sasaran majlis diadakan selepas Aidilfitri nanti.
Namun, walaupun Nora seorang pelakon yang berpengaruh dan cukup dikenali beliau khabarnya tak merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara secara besar-besaran.

“Ia memang benda baik yang tidak perlu ditangguh-tangguh lagi. Atas dasar itu, saya sendiri cuma mahukan majlis sederhana dan tidak mahu buat gah. Apa yang saya harapkan, majlis itu nanti berlangsung dengan lancar dan dihadiri orang tersayang bagi berkongsi detik indah itu,” jelasnya lagi.

Baguslah macam tu, lagipun Islam pun tak mewajibkan membuat majlis besar-besaran so yang mana wajib tu dahulukan dulu okay. Hm apapun tahniah MiG Online ucapkan kepada Nora Danish dan dan pasangan. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s