Tuduhan Yazit Terhadap Search Tak Masuk Akal

Baru-baru ni kecoh mengatakan hal berkenaan Yazit pemain drum kumpulan Search yang mendakwa beliau tak menerima sebarang pembayaran dan mendakwa kumpulan berkenaan pecah amanah, hari ini Amy tampil menafikan tuduhan tersebut sekaligus menyifatkan ianya tak masuk akal sama sekali.

“Saya kecewa dan terkilan kerana selama 35 tahun, kami punya persahabatan adalah tentang integriti tapi hari ini salah seorang daripada kawan kami sendiri cuba untuk sumbat kami ke dalam penjara dan menuduh kami menidakkan sesuatu untuk dia. Saya terkejut kerana dia telah membuat tuduhan tidak berasas terhadap kami”

“Selama ini, walaupun sejak dia sakit tapi jika setiap kali ada persembahan sama ada dia sertai kami atau tidak sepanjang show, dia tetap dapat bayaran. Kami tak pernah mengetepikan dia. Memang kami telah menerima bayaran tetapi hanya 30 peratus sahaja, kami gunakan untuk mengurus dan melaksanakan konsert,” katanya kepada Malaysian Digest.

Sementara itu, pihak Search menggesa agar Yazit menarik semula tuduhan tak berasas dalam masa 48 jam, serta meminta Yazit memohon maaf kepada individu yang beliau kaitkan dalam laporan baru-baru ini.

Bagaimanapun, MiG Online dapat tahu jika Yazit gagal berbuat demikian pihak Search tak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada beliau atau mana-mana pihak yang menabur fitnah.

Apapun, MiG Online harap agar pertelingkahan antara Yazit dan kumpulannya ini dapat diselesaikan secara baik. Lagipun masing-masing pun dah kenal lama, kan? MiG Online pasti korang mesti tak mahukan persahabatan yang terjalin sekian lama ni putus macam tu je.

Sumber : Rotikaya

One thought on “Tuduhan Yazit Terhadap Search Tak Masuk Akal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s