“Tuntutan Nafkah RM5,300 Melampau” -Awie

Semalam kecoh berita berkenaan Awie mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan bekas isterinya Rozana Misbun, hari ini vokalis kumpulan Wings itu berkata jumlah tuntutan nafkah yang diminta oleh bekas isterinya tak munasabah dan melampau.

Awie mengemukakan perkara itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan semalam kerana tidak bersetuju dengan tuntutan berkenaan.

Sebelum ini, bekas isteri Awie, Rozana menuntut nafkah kekal untuk kedua-dua anak mereka berjumlah RM5,300 sebulan daripada Awie yang merangkumi perbelanjaan makanan, minuman dan keperluan diri (RM3,000), kos tempat tinggal (RM1,500) serta kos pembantu rumah RM800.

Awie yang kini sedang hangat dengan filem eksklusif ‘Dari Kerana Mata’ di Hypp Flick Plus & Starhub menambah jumlah yang dituntut Rozana bukan untuk menyara kedua anak mereka tapi adalah untuk kegunaan peribadi Rozana malah ianya tak logik sama sekali.

 

“Anak-anak saya masih kecil dan saya sebagai ayah yang pernah menjaga mereka tahu perbelanjaan sepatutnya untuk mereka. Jumlah yang dituntut Rozana tidak munasabah sama sekali. Saya percaya amaun tersebut bukan untuk anak-anak saya,” jelasnya.

Bagaimanapun Awie belum membuat keputusan berapa jumlah berpatutan sebagai bayaran nafkah kepada Rozana apabila ditanya peguam Syarie Mohd. Syafiq Norizan.

Sumber : Beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s