“Saya Marah Yazit Tuduh Search Penipu” -Nourish

Baru-baru ini, kecoh berita keluar berkenaan isteri kepada Amy Search telah memarahi dan menengking Yazit pemain dram kumpulan Search.

Namun, isteri Amy iaitu Norhasniza Hassan atau lebih dikenali sebagai Nourish akui beliau memang ada memarahi Yazit tapi jelasnya beliau bertindak sedemikian selepas Yazit mula melemparkan kata-kata kesat dan menuduh suaminya penipu dan ahli kumpulan Search pecah amanah.

Bagaimanapun, tindakan Nourish semata-mata adalah kerana ingin mempertahankan maruah kumpulan Search kerana tuduhan yang dilemparkan Yazit itu melampau sama sekali.

“Siapa-siapa pun yang memburukkan keluarga terutamanya suami, saya akan bertindak mempertahankan maruah keluarga kami. Dia (Yazit) bukan sahaja memulakan pertengkaran tersebut malah menuduh suami saya penipu dan anggota Search yang lain sebagai pecah amanah.

“Saya tidak boleh tahan dan bertindak memarahi dia semula kerana bagi memberi kesedaran kepada dia tentang tuduhan tersebut salah.

Jelas Nourish, Yazit sepatutnya bersyukur sebab masih menerima bayaran yang sama walaupun beliau sedang sakit dan tak bersengkang mata seperti ahli kumpulannya yang lain untuk berbincang menguruskan setiap persembahan.

“Dia patut berterima kasih kerana kami bersengkang mata meeting sampai malam untuk urusan setiap persembahan dan biarpun dia tidak bersama kami tetap sediakan bahagian (wang) dia. Dia terima sama banyak dengan ahli lain dapat biarpun dia tidak sihat dan tidak boleh terlibat dengan persembahan tersebut.

Akibat tindakan Yazit mengatakan yang Nourish memaki dan menengking beliau, netizen mula mengecam tindakan Nourish dengan pelbagai kritikan namun Nourish katanya tak kisah kerana beliau hanya ingin menegakkan maruah kumpulan Search.

Apapun, MiG Online harap semoga kumpulan Search dapatlah berdamai seperti dulu. Mungkin masing-maisng kena bersemuka dan berbincang secara baik.

Sumber : mStar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s