Peminat Kecewa Adira Sombong?

Tahniah kepada penyanyi Adira atas kejayaan beliau berjaya merangkul trofi Penyanyi Wanita Popular pada malam gemilang ABPBH29 baru-baru ini.

Tapi, timbul pula cerita yang kurang enak apabila ada di antara peminat Adira kecewa kerana tak dapat bergambar bersama beliau sebab dihalang oleh suaminya, Datuk Seri Adenan atau Dato Red.

Malah, ada juga yang mengkritik suami Adira terlalu sombong dan tak memahami kerjaya isteri beliau.

Bagaimanapun, Adira yang tak mahukan perkara ini  berpanjangan terus tampil memberi penjelasan dan menurut beliau tindakan suaminya adalah disebabkan beliau kesian dengan Adira yang dah terlalu lama melayan peminat.

“Pada saya perkara ini adalah salah faham. Suami berbuat sedemikian sebab kasihan melihat saya yang sudah terlalu lama berdiri sehingga hampir sejam semata-mata bergambar dengan peminat.

“Lagi pula ketika itu sudah lewat malam, ditambah pula dengan saya yang kelaparan. Suami bercakap dengan baik dan tidaklah seperti yang diperkatakan itu,” jelasnya.

Malah, Adira dalam kenyataannya turut memohon maaf kepada semua orang sebab beliau pun dah cuba sedaya yang boleh untuk memuaskan hati semua pihak.

Hm MiG Online pun taknak la memberi komen lebih tapi bagi MiG Online sendiri peminat seharusnya memahami yang artis tu pun manusia so sudah pastilah ada rasa penat bagai dan tak bermaksud mereka tu lari sebab taknak bergambar tu sombong, mungkin mereka dah letih, lagipun dah lewat malamkan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s