“Saya Akan Berjuang Habis-Habisan Mendapat Hak Penjagaan Anak” -Awie

Jika sebelum ini kecoh berita berkenaan Vokalis kumpulan Wings, Awie didenda oleh mahkamah sebanyak RM2,000 kerana memukul bekas isterinya, Rozana Misbun. Kali ini Awie bertekad akan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya.

Beliau akui sebagai bapa beliau sunyi tanpa kehadiran cahaya mata disisi memandangkan beliau sangat rapat dengan anak-anaknya.

“Sebagai bapa yang membesarkan anak-anak sejak dilahirkan, sudah tentu saya sedih apabila mereka tiada di sisi, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan dan Aidilfitri. Saya hanya berhubung dengan mereka melalui telefon. Apabila saya mendengar suara Qasseh yang bercakap dengan saya sambil menangis, saya bagai dapat rasakan sesuatu yang dilalui mereka”

“Sudah tentu saya amat sedih dan merindui mereka sepenuh hati. Sejak kami tidak lagi bertemu, saya bagaikan budak kecil apabila kerap menangis teringatkan mereka,” katanya sambil menahan air mata, lapor BH Online.

Selain itu, Awie juga lega kerana kes beliau memukul isterinya akhirnya selesai juga.

“Untuk apa saya hendak melawan, sedangkan buktinya ada dalam rakaman CCTV? Apa pun saya lega apabila kes ini sudah selesai dan fokus saya sekarang adalah untuk berjuang habis-habisan mendapatkan hak penjagaan anak saya,” tegasnya lagi.

Awie dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan dengan Rozana Misbun iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha. Kini, Rezzki dan Qasseh berada di bawah Rozana manakala Merrah pula dijaga Awie.

Menurut BH Online, selain tiga anak bersama Rozana, Awie juga mempunyai dua lagi cahaya mata hasil perkahwinannya dengan bekas isteri yang juga penyanyi, Arni Nazira Anuar yang kini dijaga Awie.

Apapun Mig online harap perkara ni dapat diselesaikan dengan baik antara dua pihak.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s