Yazit Enggan Mohon Maaf & Akan Buat Laporan Polis Lagi

Pertelingkahan antara pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad dan anggota kumpulannya yang lain semakin berlarutan apabila beliau enggan menarik balik laporan polis yang dibuatnya selain akan tetap mendakwa bahawa kumpulan itu pecah amanah.

Malah Yazit juga akan membuat satu lagi laporan polis mengatakan kumpulan berkenaan melakukan penyelewengan sebelum ini dan Yazit khabarnya tak gentar jika kes ini akan  dibawa ke mahkamah.

“Saya tidak akan memohon maaf atau menarik balik laporan polis yang telah saya lakukan itu. Malah saya akan menambah satu lagi laporan yang akan dibuat di Balai Polis Wangsa Maju. Mereka juga berhak mengenakan apa juga tindakan termasuk bawa kes ini ke mahkamah.

Selain itu, Yazit turut kecewa ada di antara anggota kumpulannya menafikan hak beliau dalam urusan pembayaran wang pendahuluan untuk Konsert 35 Tahun Search yang akan berlangsung Ogos ini.

Bagaimanapun, Yazit turut terkejut apabila mendapat tahu namanya digugurkan daripada perjanjian persefahaman antara Search dan penganjur iaitu Afjets Sdn Bhd.

“Hasil siasatan saya pada awalnya perjanjian itu ada lima nama dan selepas itu salah seorang ahli kumpulan tersebut meminta nama saya dikeluarkan.

“Selepas itu, bayaran pendahuluan sebanyak 30 peratus iaitu RM75,000 telah dibayar atas nama persendirian kepada empat ahli itu sahaja. Saya sedih kerana mereka tidak memikirkan tentang saya sedangkan saya paling memerlukan wang,” tambahnya.

Malah, berkenaan Konsert 35 Tahun Search itu juga Yazit meluahkan yang beliau sudah tawar hati untuk turut serta bersama-sama melakukan persembahan.

Semalam, kecoh berita mengenai kumpulan Search tampil dalam sidang media menjelaskan segala yang berlaku dan meminta agar Yazit membuat permohonan maaf 48 jam, jika gagal ahli kumpulan itu tak teragak-agak untuk bawa kes itu ke mahkamah.

Sumber : mStar

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s