“Syukur Rezeki Melimpah Ruah Selepas Kahwin” -Hafidz Roshdi

Hafidz Roshdi yang baru saja mendirikan rumahtangga pada 30 April lalu, khabarnya belum sempat lagi meluangkan masa bersama isteri tercinta. Mana taknya jadual Hafidz sejak dua menjak ni agak padat.

Ha, tapi jangan terkejut sesibuk manapun Hafidz beliau sudah pun merancang 3 lokasi berbeza untuk berbulan madu bermula dari minggu hadapan.

 

“Selepas berkahwin tidak sempat ke mana-mana kerana sibuk dengan penggambaran manakala isteri pula terikat dengan kuliah di universiti. Alhamdulillah minggu hadapan kami sama-sama lapang dan akan bercuti di dalam negara terlebih dahulu”

“Manakala percutian di Medan dan Tokyo kami mendapat tajaan,” jelasnya kepada mStar Online. Selain itu menurut Hafidz, rezekinya selepas berkahwin juga semakin meriah dan melimpah ruah baik dari lakonan dan juga tawaran menjadi duta produk.

Selain itu, beliau juga tak mahu terus berbicara berkenaan kontroversi yang melanda dirinya dan kritikan netizen mengenai wajah isterinya memandangkan perkara tersebut sudah berlalu dan banyak lagi hal yang lebih penting dari itu untuk difikirkan.

Baguslah macam tu Hafidz. Biarlah orang nak kutuk ke apa, yang pasti Hafidz dan pasangan bahagia. Apapun selamat berbulan madu ye MiG Online ucapkan.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s