Tahniah! Yatt Hamzah Hamil 2 Bulan

Yatt Hamzah yang baru saja berkahwin buat kali keduanya pada 27 Februari lepas bersama seorang juruvideo berasa begitu teruja apabila hasil perkahwinan ini beliau bakal dikurniakan cahaya mata lagi. Alhamdulillah, tahniah MiG Online ucapkan.

Yatt memberitahu kepada BH ONLINE, kandungannya kini berusia dua bulan. Beliau mengetahui berita gembira ini kira-kira tiga minggu lalu.

Malah, beliau dan suami tak merancang pun soal anak dan menerima apa saja rezeki daripada Allah SWT kepada mereka.

“Sebenarnya, saya dan suami tidak merancang apa-apa mengenai anak. Kami biarkan rezeki itu ditentukan Allah. Alhamdulillah, saya disahkan hamil.

“Setakat ini, kandungan kali ini agak manja sedikit. Saya hanya makan di rumah saja kerana tidak boleh makan di luar.

Melahirkan anak sulungnya Suci Hanania Malika kira-kira enam tahun lepas hasil perkahwinan beliau bersama bekas suaminya sebelum ini, Yatt mengaku yang beliau memang berharap untuk mendapat anak lagi dan akhirnya permintaan beliau dimakbulkan.

“Saya bersyukur kerana sejak kelahiran Suci enam tahun lalu, saya sentiasa berdoa diberikan cahaya mata kedua. Sekarang pada perkahwinan kedua ini, Allah makbulkan doa saya. Bukan saya saja, malah Suci paling gembira untuk mendapat adik. Dia banyak mengingatkan saya agar berhati-hati,” katanya.

Apapun, tahniah kepada Yatt Hamzah dan suami. Kepada Yatt, MiG Online nak pesan jaga diri jaga kesihatan okay.

Sumber : BH ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s