Diganggu Bekas Suami, Fasha Sandha Buat Laporan Polis

Semalam kecoh berita berkenaan Fasha Sandha telah membuat laporan polis ke atas bekas suaminya Jejai yang dikatakan sering masuk ke rumah Fasha tanpa kebenarannya dan menganggu beliau.

Menerusi laporan Harian Metro, Fasha hadir bersama peguamnya ke Balai Polis Ampang tengahari semalam membuat laporan kerana tak tahan dengan Jejai yang selalu masuk ke kediaman beliau dan mengawal pergaulan bekas isterinya itu dengan bertindak memarahi dan menggugut rakan-rakan yang keluar dengan Fasha.

Namun, Fasha ketika ditanya mengenai dakwaan itu, beliau tak memberi banyak komen tapi hanya pilih untuk berdiam diri dan serahkan saja kepada pihak polis dan peguam.

“Maaf saya sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 100 episod Lara Aishah. Ya, memang saya ada buat laporan polis tapi saya tidak mahu komen lanjut kerana kes ini sudah diserahkan kepada pihak peguam dan polis,” katanya kepada mStar Online.

Fasha dan Jejai telah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Putra Rayfal dan Putri Raysha namun jodoh tak berpanjangan apabila pasangan berkenaan sah bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Apapun, MiG Online harap Fasha dan Jejai dapat selesaikan masalah ini dengan cara yang lebih baik. Inshaallah setiap yang berlaku ada jalan penyelesaian.

Sumber : mStar

2 thoughts on “Diganggu Bekas Suami, Fasha Sandha Buat Laporan Polis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s