My Stupid Boss Boleh Buat Penonton Hilang Stress?

Hai.. selamat petang uolsss…Selamat bekerja kepada yang sedang bekerja ya. Ada tak yang moody kena marah dengan boss ke hari ini? Haha…

Ha apa yang MiG Online nak sampaikan adalah berkenaan dengan filem terbaru dari Indonesia iaitu My Stupid Boss yang bakal ditayangkan pada 19 Mei ini di seluruh pawagam Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Semalam MiG Online sempat pergi ke Malam Gala Filem My Stupid Boss bertempat di Golden Screen Cinemas (GSC), Pavillion. Majlis berlangsung sangat-sangatlah meriah sehinggakan penonton yang datang bukan sahaja dari Malaysia malah ada juga yang datang dari negara seberang untuk sama-sama menonton filem ini. Terkejut jugaklah MiG Online dengan sambutan dari orang ramai semalam tu.

Malah majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran barisan pelakon berkaliber dari negara serumpun Indonesia dan Malaysia. Lebih membanggakan artis residen MiG, Atikah Suhaime merupakan pendukung utama filem ini bersama Bunga Citra Lestari, Reza Rahadian, Alex Abbad, Bront Palarae, Chew Kinwah dan Iskandar Zulkarnain.

Apa yang MiG Online tengok semalam filem ni sangatlah best dan enjoy. Ha siapa yang dah stress sangat dengan kerja atau pun stress sangat dengan kerenah boss korang tu bolehlah pergi menonton filem ni, nanti boleh bergelak sakan, sekurang-kurangnya hilang la sikit stress tu, hihi.

Paling best bila ada dendangan lagu-lagu dari Malaysia dimainkan iaitu Cindai dan Gerimis Mengundang. haih memang layanlah cerita ni dengan lagu-lagu legend tu, hihi…

8_zpslygr9ix4

Tapi filem ni berkisarkan tentang apa ye? Meh MiG Online nak share sikit dengan korang sinopsis filem ni ;

“Sebenarnya ia berkenaan dengan kisah seorang boss iaitu Bossman lakonan Reza Rahadian pria Indonesia yang mempunyai bisnes sendiri di ibu kota Kuala Lumpur. Beliau mempunyai empat pekerja dari Malaysia lakonan Atikah Suhaime, Bront Palarae, Chew Kinwah dan Iskandar Zulkarnain. Mereka berempat ini sudah lali dengan perangai boss nya yang cerewet, kuat melenting, cepat lupa, bossy dan macam-macamlah sifat keangkuhan tu. Penderitaan mereka juga akhirnya dirasai oleh staff yang baru datang bekerja di situ iaitu lakonan Bunga Citra Lestari sebagai Diana. Diana dikira sebagai ketua kerani di dalam pejabat itu. Sewaktu mula Diana mendapat kerja disitu dia sangat teruja apabila mendapat tahu boss nya juga iaitu Bossman orang Indonesia. Namun, keterujaan Diana menjadi sebaliknya apabila dia sudah mendalami cara bekerja dengan Bossman. Macam mana cara Bossman melayan Diana? Siapa yang stupid sebenarnya?” 

Ha tulah serba sikit sinopsis yang MiG Online nak share dengan korang, nak tahu lebih lanjut kenalah tengok mulai 19 Mei nanti ye.

2_zpsd8bbajec

Filem yang menjalani penggambaran selama 25 hari dan 100 peratus di Kuala Lumpur ini juga merupakan terjemahan dari sebuah buku hasil karya anak tempatan Indonesia tulisan Chaos@work dan difilemkan oleh syarikat perfileman Indonesia, Falcon Pictures.

Okaylah, apapun jom layan dulu gambar sekitar Malam Gala Filem My Stupid Boss di Pavillion semalam :

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s