Amar Baharin Nafi Sudah Bertunang Dengan Amyra Rosli

Dari dulu lagi desas desus mengatakan yang Amar Baharin sudah pun bertunang dengan pelakon cantik manis, Amyra Rosli namun beliau menafikan dakwaan itu kepada Harian Metro baru-baru ini.

“Buat apa saya nak menipu kalau memang perkara itu tidak berlaku. Seperti saya pernah katakan dulu, kalau betul ada apa-apa khabar gembira saya akan kongsikan dengan semua. Tidak kira sama ada wanita itu Amyra atau orang lain, saya tidak akan berahsia”

“Perkara baik buat apa nak disorokkan. Jadi, saya hanya mengharapkan doa yang baik-baik agar saya dipertemukan jodoh dengan cepat. Tahun lalu kecoh orang kata kami akan berkahwin. Kali ini timbul pula cerita mengatakan kami sudah bertunang. Pesan saya, jangan dengar cakap-cakap orang,?” jelas Amar.

Selain itu, Amar katanya mengakui yang beliau sememangnya rapat dengan Amyra sebab mereka pun di bawah pengurusan yang sama dan beliau tak tolak jika Amyra adalah jodohnya.

Apapun, MiG Online pun suka tengok pasangan ni. Serasi je bersama, kan?Hihi.. Apapun semoga kalian dipertemukan jodoh lagipun dengar-dengar Amar pun dah sedia untuk berumahtangga.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s